Sunday, September 27, 2009

Tidak dikenal pasti...

tidak dikenal pasti...

Assalamualaikum. Saya sebenarnya tidak tahu apa yang harus saya isi dalam ruangan ini. Mahu bercerita soal diri...rasanya tidak perlu bukan..? Kerana tidak ada yang istimewa. Biasa. Terlalu biasa. Mmm..mahu berkongsi mencoret kata pujangga... saya bukan seorang karyawan yang kerap menghasilkan tulisan-tulisan yang hidup dan penuh makna... Tapi, buruk sungguhlah andai ruangan ini dibiar 'togel' bukan...? Jadi, tidak salah kiranya saya ingin berkongsi seidikit apa yang saya temui dan apa yang saya ketahui. Sekitar beberapa minggu ini saya ada terdengar satu puisi yang mampu membuat saya berperasaan. Mungkin kerana bait-bait kata puisi tersebut atau mungkin juga kerana saya suka akan suara penyajaknya. Tapi yang penting, karya ini mampunyai satu isi yang kuat satu harapan yang tinggi dan juga satu keluhan hati seorang pemerhati.. Malangnya saya dapat mengenal pasti judulnya. Yang saya tahu saya mahu kongsikan karya ini bersama :

Tidak ada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedihkan dari melihat bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu

Aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak

Ada juga bercadang bertanya tuan punya

Tapi bercampur risau dan tak tergamak

Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri

Jadi aku menyendiri, memerhati, dan akhirnya mengakui

Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan

Dan bunga tak cantik mekar dikiri

Aku lihat layu dalam Melayu

Tanah air kita yang punya

Kita siram kita baja

Tapi angin api kita lupa

Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa

Kita lupa nenek moyang kaya raya

Jangan sekali-kali digadai harta bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu 3x

Tak kan Melayu hilang di dunia

Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa

Petah berbahasa, kudrat tak berjasa

Orang berbudi kita selalu merasa

Selalu lari bila dirapat

Selalu malu bila soalan diaju

Selalu segan memberi pendapat

Rela mengikut jari peneraju

Belum menyanyi sudah bersorak

Suka berjanji dalam borak

Bukan kata tak ada otak

Cuma tak berfikir diluar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu 3 x

Aku jadi sayu

Bunga menangis, dia mendayu mahu jadi cantik tetapi layu

Aku merayu, bangunlah semula hidup kembali

Jangan tunggu matahari mati

Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai